Thursday, April 17, 2008

Back to Sulaiman Secondary School (1976-1977)

Setelah mendapat keputusan MCE pada tahun 1975 dan saya mendapat 1st Grade, saya terpaksa ke Sulaiman Secondary School Bentong semula untuk tingkatan 6. Tingkatan 6 aliran sastera hanya di SMS sahaja pada masa itu dan di MSSR tingkatan 6 untuk aliran sains. Terpaksa jumpa semula dengan R. I. S Stork lagi ! Dia masih lagi HM di SMS Bentong. Teringat lah macam mana dia "public canning" semasa saya tingkatan 3 dulu tahun 1973. Bila saya mendaftar di SMS untuk tingkatan 6, dia panggil saya ke pejabatnya dan bertanya samada saya masih lagi "jahat" macam dulu. Samada saya masuh lagi hisap rokok dan dia serious sungguh. Saya mengaku saja lah yang saya tak berubah dan mungkin bertambah "jahat". Yang paling saya ingat Mr Stork kata " Shamsuddin, you have a future and you better be a man". Dia kata dia akan lantik saya jadi prefect sekolah kerana perlukan " a bigger thief to catch the smaller thieves".
Gambar ini diambil semasa saya Tingkatan 6 di SMS Bentong pada tahun 1976. Antara yang ada didalam gambar itu ialah sekarang ini Dato' Hamid Bador (Ketua Cawangan Khas, Sabah berpangkat SAC 2) dan Hamdan Ahmad yang bertanding lawan YAB MB Pahang Dato' Sri Adnan Yaakob di DUN Pelangai tahun 2008 ini. Hamdan bertanding sebagai calon PAS dan tewas. Tidak saya menyangka langsung bagaimana Hamdan yang kita panggil Hamdan Juling dulu boleh tertarik dengan PAS. Semasa di SMS Bentong dulu dia nakal serupa saya dengan Hamid Bador juga.

(Terfikir juga apakah yang ada pada saya sehingga sanggup RIS Stork lantik saya jadi Ketua Murid - dulu dipanggil Head Boy)
Ini adalah gambar yang di ambil pada tahun 1977 dimana saya adalah Head Boy. Lengkap dengan jacket sekolah dan seluar putih kasut hitam.
Ini adalah gambar kelas Tingkatan 6 Atas 1 pada tahun 1977. Guru kelasa ada Cikgu Hamidun dan Monitor adalah Siew Ngan yang duduk disebelah kiri Cikgu Hamidun dan sebelah kanan saya. Ada juga didalam gambar ini ialah YABhg Datin Sri Dato' Junaini Kassim isteri kepada YAB Dato' Sri Adnan Yaakob Menteri besar Pahang dan YB Dato' Lau Lee ADUN Damak Jerantut. Zailan Kamaruddin, Suhaimi dan Zakaria pun ada dalam gambar ini. Yang lain-lain itu entah kemana mereka sekarang saya tidak tahu. Mungkin kalau jumpa dengan mereka pun saya sudah tidak kenal terutamanya yang perempuan Melayu kerana dulu mereka tidak bertudung dan entah berapalah anak dan cucu mereka.
Ini gambar upacara mengangkat sumpah sebagai pengawas sekolah pada tahun 1977. Sebagai Head Boy, saya yang mengetuai bacaan angkat sumpah itu. Masa itu seronok juga kerana boleh suruh murid lain kutip sampah...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.