Setelah lulus HSC dan dapat keputusan yang menyebabkan boleh masuk ke Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, saya rasa amat bertuah. Memang lah dari kecil lagi menyimpan cita-cita untuk menjadi Peguam. Malah semasa di sekolah rendah, apabila cikgu suruh isikan ruangan "ambition", ketiga-tiga ruangan itu saya isikan dengan "lawyer". Saya tahu pada masa itu English saya tidak berapa bagus dan saya belajar untuk mengatasinya dan saya membanyakkan membaca buku Inggeris di Library. Tahun pertama 1978 saya ditempatkan untuk orientasi di Kolej ketujuh (Zaaba College) dan selepas dari orientasi saya tinggal di Kolej Kelima. Punya lah jauhnya Kolej Kelima ini dari Fakulti dan terpaksa jalan kaki.
Tahun kedua dan seterusnya hingga tahun empat saya tidak lagi tinggal di asrama atau dipanggil kolej. Saya juga menumpang tinggal di Seksyen 12 bersama mahasiswa fakulti lain. Gambar diatas itu kelihatan saya bermain carrom dengan Saad yang berasal dari Langkawi dan dia dari Fakulti Ekonomi.
Saya juga selalu mengikut lawatan dan perlawanan persahabatan antara Universiti. Gambar ini menunjukkan kami dalam perjalanan dengan keretapi ke Singapura untuk lawatan ke University of Singapore.
Yang bergaya minum air botol itu ialah Othman Zain, kawan rapat saya semasa di Universiti.
Saya menjadi anak angkat kepada kelaurga Pak Cik Mohamed yang kelihatan dalam gambar diatas.
Sekali sekala bergaya juga dengan baju batik..
Kelihatan Nawawi, Gabriel dan Zamani dalam gambar ini semasa dalam lecture hall. Saya dengan Nawawi yang berasal dari Perak amat rapat. Saya Shamsuddin, dia Nawawi dan kami jadi Shamsuddin Nawawi!
Kelihatan Zamani, Khaled Nordin (now YB Dato Seri Menteri), Megat Nazaruddin, Mat Zaraai (now Dato' LA Pahang), Gabriel Humen Gumis dari Sarawak dan saya. Perempuan dua orang tu kalau tak silap Zabariah yang tidak bertudung dengan Tengku Maimun (YA Datuk Hakim Mahkamah Tinggi) yang berkahwin dengan Zamani.
Ada juga masanya duduk lepak di rumah sewa sambil mengayakan Ray Ban...
Kami berbaris untuk mengambil ijazah di Dewan Tuanku Chancellor (DTC) pada 20hb June, 1982
Saya menerima scroll daripada Raja Permaisuri Agong ketika itu. Tuanku Sultanah Bahiyah Permaisuri Sultan Kedah.
Selepas upacara konvokesyen, kami pun bergambar di depan Rumah Universiti dan tercatatlah tahun kami graduate iaitu 1982.
Ini lah kisah anak kampung yang tiba-tiba lulus jadi lawyer. Rasanya masa itu anak jati Dong belum ada lagi yang lulus Undang-undang. Gambar di atas amat istimewa dan yang paling istimewa ialah gambar kami bertiga iaitu saya, apak dan Reduan Wahab yang kami panggil Uncle Duan. Apak dan Duan sudah tiada di dunia ini dan kepada Allah saya berdoa moga-moga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama dengan mereka-mereka yang diperlihara Allah.



















No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.