Apak mulanya hantar saya masuk Sekolah Kebangsaan Dong iaitu sekolah Melayu tapi satu hari sahaja. Sempatlah satu hari pakai seluar hitam pendek (pakaian sekolah Dong masa itu) Hari kedua Apak hantar saya daftar di sekolah Inggeris Mahmud Primary School di Raub. Terpaksa lah berulang ke Raub naik kereta sewa Aki Mat Gantang masa itu. Semasa daftar di MPSR Apak takut saya tak ingat nak masuk kelas mana satu. Dia ingatkan saya ada lukisan buah epal pada dinding kelas IB masa itu. Itu lah sekali Apak hantar ke sekolah. Hari-hari lainnya pergi sendiri. Satu apapun saya tak tahu sebab semua cakap Orang Putih. Sekolah ini untuk lelaki sahaja dan ramai lah anak Cina dan India disitu. Mutu (Azmi Sudin) dan Tahir Daud pun sekolah sama. Mereka di Kelas ID. Seksa sungguh rasanya sekolah disini. Belanja hanya 20 sen kadang-kadang 15 sen dan ada juga masanya 10 sen sahaja. Pergi sekolah petang dan tidak lah perlu bangun pagi. Aki Mat Gantang hantar dengan kereta Cambridge warna hitam bersama dengan cucu-cucu dia. Apabila Nuar Mat Noor pula masuk darjah satu dan saya sudah darjah 2 kami naik kereta Volkswagen Cikgu Ibrahim Salleh. Apabila sampai Darjah 4 saya sekolah pagi pula dan terpaksalah naik bas Pak Hassan dan Pak Karim, bas sekolah Lin Siong. Di sekolah saya antara anak Melayu yang cerdik. Selalunya top 10 dan kadang-kadang dapat juga nombor 1. Saya hanya kalah dengan seorang anak Cina nama Ng Keng Chong. Dia selalu dapat nombor satu. Tapi anak-anak Melayu lain kalah dengan saya. Saya juga berkawan baik dengan anak Orang Putih nama Russel Campbell (anak orang Australia kerja lombong emas di Raub). Saya juga kawan dengan dengan Leong Yue Weng seorang anak Cina dan anak India nama Samuel. Semasa di darjah 5, sekolah ini mula terima pelajar perempuan belajar disitu. Di darjah 5, perempuan yang saya masih ingat termasuk lah Shahariah Rahman, Halimaton Mohamad dan beberapa anak Cina yang dah tak ingat nama mereka. Di darjah 6 kami ambil periksa Assesment test dan saya dapat 4A dan 1B. Dari keputusan ini saya dianggap special dengan result yang bagus dan dapat masuk Rancangan Khas di Sulaiman Secondary School, Bentong. Semasa sekolah rendah saya tidak banyak dapat extra curricular activities sebab kalau nak datang petang kesekolah sangat susah. Kalau ada activity lepas sekolah pun terpaksa tidak balik ke rumah di Dong. Terpaksa stay back di sekolah dan berlapar perut dan jalan kaki pula ke Bus Station di bandar Raub lepas bersukan. Namun dari segi akademik saya dikira baik dan itu pun cukup lah. Begitu lah susahnya. Guru Besar MPSR masa itu adalah Chan Chee Onn. Antara cikgu-cikgu yang masih saya ingat termasuk lah Phyllis Tan, Mr. Bala, Mr Hue Loy, Mr. Samy dan Ustaz Othman Johari.
Wah, you are incredible Dato' Shamsuddin. Your recollection of your childhood and history life is very interesting. This is Yew Koon Sang. Now everybody call me Frankie. It's so good to hear from Yong Chin Hoe (Jeffrey) that you have been in touch.
ReplyDeleteReading your blog gives flashes of memory back to our primary school days and of course Form 5 in MSSR. When you are in KL, do give me a call. We can keep in touch via my email. Cheers, Frankie