Tuesday, June 17, 2008

Magistrate and Senior Assistant Registrar (1982-1985) Part 2

When I was the Magistrate in Rawang, I presided over the Inquest into the death of a boy in Mimaland swimming pool. It was a much publicised inquest and reported in most newspapers then. That was in 1983. Mimaland in Gombak was a popular tourist destination. Mimaland had one of the biggest public swimming pool and visited by thousands everyday. My verdict at the end of the inquest was that the death of the boy was due to the negligence of Mimaland. There was no proper lifeguards at the time of the incident and that the swimming pool had not obtained any CFO from the local authorities. Mimaland was fined $1 million by the State Government of Selangor.
Mimaland no longer exist. I had many fond memories of Mimaland.
When I was Senior Assistant Registrar of the High of Malaya at Kuala Lumpur, I had a few fond memories too. I was the Sheriff of the High Court and was also in charge Execution of Judgments. I was also enforcing Writs Of Possession i.e in cases of demolition and chasing out of squatters or setinggan.
Kerja mengeluarkan setinggan dari tanah milik persendirian bukannya senang. Saya pernah melaksanakan perintah mengusir setinggan di Seri Gombak Batu Caves. Ada lebih kurang 300 keluarga di situ dan kebanyakan mereka adalah bekas polis dan bekas tentera. Saya terpaksa minta bantuan Polis, FRU, Bomba dan juga ambulance selain daripada bulldozer yang disediakan oleh pihak tuan tanah. Semasa saya sampai di Seri Gombak itu, ramai orang sudah berkumpul. Setinggan siap dengan senjata masing-masing. Ada parang, besi, rantai besi dan cangkul. Macam hendak pergi perang. Sebagai pegawai mahkamah saya terpaksa pergi jumpa dengan setinggan itu dan saya minta berjumpa dengan ketua mereka. Saya kata saya hanya jalankan tugas. Harap jangan halang saya. Kasihan lah saya kerana saya boleh kena marah kalau kerja ini tidak siap. Mereka masih berdegil tak mahu undur dan gunakan anak-anak mereka untuk duduk dalam rumah supaya kita tidak robohkan rumah mereka. Saya kata kepada ketua mereka kalau hendak tetak saya dengan parang yang ada di tangan dia itu, biarlah tetak sampai mati. Kalau saya masih boleh merangkak balik ke kampung saya di Pahang dan saudara mara saya tahu apa yang jadi kepada saya, saya tak jamin pula apa yang akan jadi kepada ketua mereka itu. Mereka kata di perkampungan setinggan itu ada cawangan UMNO dan mereka sedang hubungi MB Selangor Dato Mohd Razali Ali. Saya berani cabar mereka sebab saya dikawal oleh FRU. Apa saya nak takutkan. Saya dapati suasana bertambah tegang dan saya arahkan semuanya balik dulu. Saya pergi minum kopi dulu. Pukul 2.30 petang kami datang semula. Kali ini saya berdiri di atas trak FRU dan gunakan hailer. Saya kira 1, 2, 3 dan 6 bulldozer dan backhoe mula robohkan satu persatu rumah-rumah mereka. Apa nak buat, kerja nampak zalim tapi itu lah tugas. Bertempiaran lari semua setinggan. FRU dan Polis berkawal sampailah selesai. Tiada pun apa-apa pertempuran. Esoknya keluar dalam suratkhabar gambar saya atas trak FRU. Dulu saya ada simpan keratan akhbar itu. Sekarang puas cari tak jumpa. Maklumlah dah lama. Tahun 1984.
Another setinggan area that I was involved was in Kampung Kerinchi, Bangsar. The land belonged to Belia 4B and its president was Dato' Suhaimi Kamaruddin, a lawyer too with his legal firm called Messrs. Adlan & Suhaimi. They got the court order to evict just that one last house in their land. I was wondering why they just couldn't do it. Saya pergi bersama FRU, Polis and all the other agencies. Baru saya tahu, rumah itu kepunyaan Guru Silat. Masa saya sampai itu orang sudah ramai berkumpul. Semuanya mengaku anak murid guru silat itu. Saya seorang saja yang dibenarkan masuk kedalam rumah itu. Semua orang lain tunggu di luar. Itu arahan guru silat. Bila saya naik dan masuk ke dalam rumah itu, rumah itu penuh dengan manusia. Ramai betul. Saya tanya guru silat itu kenapa tidak mahu pindah sedangkan pampasan sudah dibayar. Jawapan dia mudah sangat. Anak-anak tidak biasa bersekolah di tempat baru. Saya tanya tempat baru itu dimana? Dia jawab, Cheras. Saya kata jawapan itu saya tidak boleh terima. Bergema takbir "Allahuakhbar" dalam rumah itu. Saya kata kalau macam ini saya tidak mahu berunding lagi. Guru silat itu renung muka saya semacam. Dia tanya saya asal dari mana? Saya jawab dari Kg Dong Raub Pahang dan saya keturunan Rawa dan adalah sikit-sikit darah pendekar. Saya pun pelik kenapa saya boleh cakap begitu. Padahal saya apa pun tak ada. Polis dan FRU ada di bawah dan saya seorang diri berhadapan dengan pesilat-pesilat dengan guru mereka sekali. Tidak pulak saya rasa takut.
Tiba-tiba Guru Silat itu kata boleh lah roboh tapi beri dia masa untuk sembahyang sunnat dulu. Saya kata boleh dan saya pun turun ke bawah. Polis & FRU menderu mendapatkan saya dan tanya saya OK atau tidak.
Siap saja Guru Silat itu sembahyang dia turun ke bawah. Bulldozer pun mula tolak rumah. Rupa-rupanya ramai lagi yang masih ada dalam rumah itu dan bertempiaran lari bila rumah itu runtuh. Tak sampai 1 jam kerja saya selesai.
Tapak tanah itu sekarang ini berdiri Bangunan Telekom di Bangsar itu. Entah berapa Belia 4B dapat saya tidak tahu. Dato' Suhaimi Kamaruddin jadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan akhirnya ditumbangkan oleh Anwar Ibrahim.
Satu lagi cerita mengenai mencari rumah untuk di "seal". Ada satu perintah mahkamah untuk seal rumah Haji Arshad tuanpunya Arshad Motors. Dulu Arshad Motors cukup hebat. Pengimpot Alfa Romeo dan Saab Turbo. Kami dapat tahu rumah Haji Arshad di Section 16 PJ. Sampai di satu rumah kami berjumpa seorang tua dihadapan rumah duduk tepi longkang. Kami berhenti dan tanya arah ke rumah Haji Arshad. Dia jawab dia tidak tahu. Kami balik ke pejabat, hampa. Satu minggu kemudian kami pergi semula bila dapat alamat yang tepat rumah Haji Arshad. Rupa-rupanya orang tua yang kami bertanya minggu lepas itu lah Haji Arshad. Memang dia cekap tipu kami! Sakit hati pun ada marah pun ada nak ketawa rasa kami tertipu pun ada. Kami seal rumah dia dan akhirnya semua barangan dalam rumah dilelong. Kasihan Haji Arshad dan berkuburlah Arshad Motors, one of the pioneer Malay automobile industry Entrepreneur. Kemudian barulah timbul Tan Sri Yahya Ahmad dan Tan Sri Nazamuddin (both deceased).

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.